Monday, October 18, 2010

Dasar Pendidikan Kebangsaan

Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) - National Education Policy (NEP)

Objektif:

1. Menyatukan kanak-kanak sekolah daripada pelbagai kaum dan menyediakan tenaga kerja yang mencukupi untuk tujuan pembangunan negara (Digariskan dalam Penyata Razak- 1956)

2. Menggalakkan perkembangan sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan (Akta Pelajaran - 1961)

3. Membantu melahirkan tenaga kerja terlatih untuk jangka pendek dan panjang, bersatu dan berdisplin

4. Mewujudkan sistem pendidikan yang lebih berkualiti dan bertaraf antarabangsa.

5. Memastikan sistem pendidikan berupaya menangani perkembangan sains dan
teknologi semasa.


Penyata Razak (1956)

1. Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato’ Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak(1956).

2. Cadangan-cadangan dalam penyataan tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957.

3. Tujuan Penyata Razak adalah:

a. menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah.

b.Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu.

c. Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan.

d. Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif.

e. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan.

f. Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangan sistem pendidikan.



Laporan Rahman Talib (1960) /Akta Pelajaran 1961

Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak yang dikenali dengan Laporan Rahman Talib ialah:

1. Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma.
2. Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.
3. Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun.
4. Murid naik darjah secara automatic.
5. Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya 15 orang.
6. Pendidikan akhlak dititikberatkan.

No comments:

Post a Comment