Latihan susulan bagi Kawalan Kehormatan ini dijalankan selama hampir 2 minggu tanpa mengira cuaca bagi memastikan kekemasan pergerakan kawad. Semangat yang tinggi yang ditunjukkan oleh setiap anggota sama ada terlibat atau tidak pada hari kejadian amat membanggakan jurulatih. Dalam menjalani latihan ini, kemesraan dan hubungan antara anggota dengan anggota dan anggota dengan jurulatih tanpa mengira bangsa dan agama semakin bertambah kuat. Latihan yang diberikan adalah sama rata tanpa mengira bangsa dan agama. Kerjasama dan semangat adalah penting dalam pasukan Kor Suksis ini.




No comments:
Post a Comment